Skip to main content
  • Perjalanan 2 Dekad Muzik Maria
1 of 3

Perjalanan 2 Dekad Muzik Maria

Sat May 3, 2025 8:00 PM - 11:00 PM SGT Jerudong International School Arts Centre

Perjalanan 2 Dekad Muzik Maria

Sat May 3, 2025 8:00 PM - 11:00 PM SGT Jerudong International School Arts Centre

Perjalanan 2 Dekad Muzik Maria Aires — sebuah acara muzik yang pastinya bakal menghiburkan semua peminat setia Maria Aires! Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 karier Maria Aires di persada muzik tanah air, dan kami ingin menyambutnya dengan penuh kemeriahan!

Acara ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit Maria seperti:

  • Angan
  • Waktu
  • Bisik Hati
  • Dan Banyak lagi.....

Lebih istimewa lagi, Maria Aires akan diiringi oleh teman-teman seperjuangan yang tidak asing lagi di industri muzik, antaranya:

  • Izzat Ramlee, Finalis dari Dangdut Academy Asia ke-6
  • Rafiz Majid, terkenal dengan lagu Resah
  • Nash, dengan lagu popular Satu Untukku
  • Dillah The Seeds, dengan lagu Kau Tetap Milikku yang pernah menduduki tempat pertama di stesen radio Brunei suatu ketika dahulu!

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman muzik yang penuh nostalgia dan keajaiban!

Tempah tiket awda sekarang dan saksikan acara muzik paling dinantikan tahun ini!

_____________________________________________

MAKLUMAT PEMBAYARAN:

  1. Kaedah Pembayaran yang Diterima: Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit, termasuk tetapi tidak terhad kepada Visa dan Mastercard.
  2. Kaedah Pembayaran Digital: Apple Pay dan Google Pay juga mungkin tersedia sebagai pilihan pembayaran.

_____________________________________________

SYARAT DAN KETENTUAN:

  • Had Umur: Acara ini hanya untuk penonton berusia 12 tahun ke atas dan mengandung bahasa serta tema yang kuat dan sensitif. Mohon kebijaksanaan dari pihak pembeli.

  • Pengesahan Identiti: Hadirin mesti menunjukkan kod QR acara yang sah, diterima melalui e-mel daripada Maajlis, untuk pertukaran tiket di lokasi acara.

  • Pertukaran Tiket:
    • Pertukaran tiket tidak boleh dipindah milik kecuali disertai dengan surat kuasa yang disahkan dan salinan ID/Lesen Memandu/Passport pemilik yang tertera pada E-Tiket Voucher.
    • Jika E-Tiket Voucher mengandungi nama yang sama, tiket tidak boleh ditukar secara berasingan. Jika E-Tiket Voucher mengandungi nama yang berbeza, tiket boleh ditukar secara berasingan dengan menunjukkan pengenalan masing-masing pemegang tiket.

  • Polisi Pemulangan (Refund Policy):
    Semua jualan tiket adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan kecuali dalam keadaan di mana acara dibatalkan atau dijadualkan semula oleh pihak penganjur. Jika berlaku pembatalan atau perubahan tarikh acara, pemegang tiket akan dihubungi melalui e-mel yang didaftarkan dengan arahan lanjut mengenai proses pemulangan atau pertukaran tiket.

  • Peranti Elektronik: Hadirin dibenarkan mengambil gambar tetapi mesti memastikan peranti mereka berada dalam mod senyap dan mengelakkan menerima panggilan semasa acara. Semua bentuk rakaman audio dan video adalah dilarang dan akan dikenakan tindakan menurut undang-undang yang berkuatkuasa. Penganjur berhak mengambil langkah-langkah untuk memastikan kepatuhan, dan pelanggar boleh dikeluarkan tanpa amaran.

  • Barang Terlarang: Membawa makanan, kanak-kanak, anak damit, atau haiwan peliharaan ke dalam lokasi acara tidak dibenarkan. Hadirin boleh membawa minuman, dengan syarat ia ditutup dan tertutup untuk mengelakkan tumpahan. Bekas terbuka dan makanan tidak dibenarkan.

  • Ketentuan Tiket: Tiket yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan atau ditukar. E-Tiket Voucher mesti ditukar dengan tiket sah di lokasi acara.

  • Maklumat Rasmi: Semua maklumat berkaitan acara boleh disemak melalui akaun Instagram rasmi @octove.brunei Sila berhati-hati dengan maklumat yang salah dan semak butiran dari sumber rasmi.

  • Hak Penganjur: Penganjur berhak menolak kemasukan kepada mana-mana hadirin yang tidak mematuhi syarat dan ketentuan di atas.

Location

Jerudong International School Arts Centre